HomeBeritaPolitikMuhyiddin buat 'U-turn', Bersatu nafi ketandusan pemimpin

Muhyiddin buat ‘U-turn’, Bersatu nafi ketandusan pemimpin

CYBERJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan parti itu ketandusan pemimpin berikutan perubahan pendirian Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mempertahankan jawatan itu pada pemilihan akan datang.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri menegaskan, keberadaan Muhyiddin masih diperlukan dalam memastikan proses pemerkasaan Bersatu tetap berjalan.

“Keputusan keputusan kekal di kerusi presiden itu penting bagi memastikan Bersatu tidak kehilangan pemimpin berwibawa dan berintegriti.

“Orang Melayu terus mempunyai parti yang dapat menjamin, mempertahan dan memperjuangkan kepentingan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Perhimpunan Agung Bersatu yang berlangsung pada Jumaat lalu mengejutkan ahlinya, apabila Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti tahun depan.

Namun, Muhyiddin pada Sabtu membuat pusingan U, apabila memaklumkan beliau akan bertanding jawatan Presiden Bersatu pada pemilihan parti akan datang.

Mengulas lanjut, Mohd Solihin yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor berkata, Bersatu negeri menzahirkan rasa lega dan berterima kasih kepada Muhyiddin yang bersetuju menarik balik keputusan tidak mempertahankan kerusi Presiden.

“Keputusan Tan Sri Muhyiddin mengekalkan ‘status quo’ juga bermakna beliau masih menjadi alternatif kepada pemimpin kerajaan sekarang yang gagal merealisasikan janji mahupun manifesto walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) genap setahun pada 19 November lalu,” katanya.

Beliau berkata, pembabitan dan input Muhyiddin masih diperlukan bagi melaksanakan proses penambahbaikan serta pemerkasaaan parti.

“Keberadaan Muhyiddin di kerusi Presiden turut menjamin bukan sahaja persiapan dan kekukuhan Bersatu menuju PRU16, tetapi untuk memastikan keutuhan kerjasama Bersatu-PAS-Gerakan yang membentuk gagasan PN dapat dipertahankan.

“Muhyiddin sinonim dengan Bersatu dan PN, tanpa beliau maka kedua-dua entiti politik ini boleh terjejas,” katanya.

Author

Pilihan Editor