HomeGaya HidupOrang 'special' je ada lesung pipit ni, ini faktanya

Orang ‘special’ je ada lesung pipit ni, ini faktanya

MANIS je bila kita tengok orang yang ada lesung pipit ni senyum.

Menurut Hello Doktor, lekuk kecil di pipi adalah kesan kecacatan genetik pada otot wajah yang terbelah dua ketika sedang hidup dalam janin lagi.

Akibat pembelahan secara semula jadi pada otot wajah itu, proses ini membuatkan ia lebih pendek berbanding normal sekaligus mengakibatkan munculnya lekuk kecil di bahagian pipi.

Ia boleh berlaku di sebelah pipi sahaja atau kedua-dua belah pipi secara serentak.

Tidak kira jika anda ada lesung pipit sebelah sahaja atau pada dua belah kiri dan kanan kerana ia masih lagi terlihat begitu unik, cantik dan menarik terutama ketika sedang tersenyum.

Menariknya, kecacatan kecil ini juga boleh menambah seri pada wajah yang memilikinya sekaligus membuat anda lebih unik dan diminati ramai.

Tidak hairanlah jika da yang ingin memiliki lesung pipit sehingga sanggup menjalani pembedahan.

Jadi, jom lihat lima fakta menarik tentang pemilik lesung pipit.

Wawa Zainal mempunyai lesung pipit. Foto: IG Wawa Zainal
  1. Boleh muncul di bahagian tubuh yang lain

Biarpun ia dipanggil lesung pipit, lekukan kulit ini bukan sahaja muncul di pipi tetapi juga boleh muncul di bahagian badan yang lain. Pada asasnya, lesung pipit terbentuk pada tisu bergerak.

Ini bermakna lekukan ini boleh berlaku pada pipi, dagu, lengan atas, bahu atau payudara jika dirangsang dengan betul. Selain itu, lesung dagu juga cukup biasa terjadi selalunya dipanggil sumbing dagu.

Kerutan kulit ini juga boleh berlaku di bahagian bawah punggung yang dipanggil sacral dimple. Ia berlaku apabila lekukan kulit terbentuk pada tulang sakral, yang terletak di dasar tulang belakang. Kebanyakan orang mempunyai satu atau dua lesung pipit di kawasan ini, tetapi sesetengah orang boleh mempunyai lebih daripada dua.

  1. Lesung pipit boleh diwarisi

Lesung pipit adalah sifat dominan yang boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak. Dalam erti kata lain, jika kedua ibu bapa anda mempunyainya, kemungkinan besar anda juga akan mendapat lesung pipit.

Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang mempunyai lesung pipit mempunyai anak yang memiliki lekukan ini juga.

Hal ini kerana, corak warisan lesung pipit tidak dapat diramalkan. Itulah sebabnya beberapa penyelidik mengklasifikasikannya sebagai sifat dominan yang tidak teratur.

  1. Sekitar 20% manusia di dunia memiliki pelbagai jenis lesung pipit

Menurut laporan seliaan Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia yang memiliki lekuk kecil pada pipi dan lebih 50% daripada jumlah itu mewarisi lesung pipit melalui ibu bapa mereka.

Ajaibnya, ia mungkin akan muncul ketika bayi tetapi hilang apabila mula masuk usia kanak-kanak, remaja atau dewasa bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya seperti penambahan berat badan, perubahan struktur muka serta faktor penuaan tubuh badan secara semula jadi.

Jadi, tidak hairan kalau ia boleh muncul atau hilang dengan tiba-tiba atas faktor-faktor tertentu.

  1. Boleh diperoleh melalui pembedahan
Lesung pipit melalui pembedahan. Foto: Wolipop

Ramai orang yang mungkin ingin memiliki jenis lesung pipit laksana selebriti popular Syafiq Kyle, Aliff Aziz, Wawa Zainal, Izara Aishah, Neelofa dan ramai lagi namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

Disebabkan itu pula, ada individu yang sanggup menjalani pembedahan minor bagi penstrukturan semula otot wajah Zygomaticus Major dalam usaha untuk mempunyai lesung pipit di pipi.

Selain pembedahan penstrukturan, turut wujud prosedur lain yang menggunakan sejenis alat bagi menimbulkan rupa lekuk kecil dengan cara menyedut atau mengubah lemak di pipi mereka.

Namun, The American Medical Association telah menyatakan bahawa prosedur di atas itu mampu mendatangkan bahaya yang lain terhadap kulit termasuk meningkatkan risiko kanser!

Author

Pilihan Editor