HomeHiburan'Saya tak kebulur tiket percuma'

‘Saya tak kebulur tiket percuma’

“SIAPA yang mulut jahat kata saya pergi konsert Aina Abdul sebab dapat tiket percuma? Eh tolonglah, saya sentiasa sokong artis tempatan”.

Itulah yang diungkap pelakon, Rozita Che Wan yang didakwa menghadiri konsert A Night With Aina Abdul 3.0 menggunakan tiket percuma.

Menurut Rozita yang mesra disapa Che Ta, tuduhan itu tidak berasas kerana dia membeli tiket ke konsert itu atas dasar minat dengan suara dan kebolehan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu.

“Kalau kalian perasan saya tak pergi konsert artis antarabangsa. Saya sokong Anuar Zain, Ziana Zain, Aina Abdul dan artis lain yang saya minat.

“Tapi pembetulan ya, saya tidaklah kebulur tiket percuma, tidak sama sekali,” kata Che Ta menerusi sebuah video di TikTok, lapor Kosmo pada Selasa.

Video yang dimuat naik Che Ta turut mendapat perhatian Ziana Zain yang dilihat meninggalkan komen mengatakan dia juga membeli tiket ke konsert Aina sebagai tanda sokongan kepada penyanyi berbakat besar itu.

“Betul cakap Che Ta, kita pun beli tiket tau, sokong antara satu sama lain, tak baik kata kita dapat tiket percuma,” tulis Ziana.

Difahamkan, Che Ta dan Ziana mengulas isu mengenai tiket konsert selepas terdengar spekulasi bahawa kedua selebriti senior itu muncul di Axiata Arena pada 18 November kerana mendapat pas percuma.

@rozitachewan1

Replying to @Cinta SORRY EEEEE !!! I BELI 1 tiket vvip 2 tiket vip utk konsert aina abdul !!!!! Jgn ingat i ni hard up nk p konsert dpt tiket frree je eeee!

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Untuk rekod, konsert A Night With Aina Abdul 3.0 berlangsung dengan meriah dengan kehadiran hampir 10,000 ribu penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Author

Pilihan Editor