GAZA, Palestin: Briged Al-Qassam, sayap bersenjata kumpulan pejuang Palestin Hamas, mengumumkan kematian seorang askar wanita dan seorang askar lelaki Israel yang kedua-duanya telah ditangkap dalam serangan yang dilakukan oleh Israel di Genting Gaza pada Khamis.
Dalam satu kenyataan di akaun Telegramnya, Al-Qassam berkata, tentera wanita berusia 19 tahun Faul Azai Mark Asiani dari penempatan Yahudi Modi’in terbunuh dan seorang lagi askar cedera.
Briged Al-Qassam yang mengatakan mereka akan menerbitkan bahan yang mendokumentasikan kesahihan kenyataan ini, tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu.
Tiada kenyataan daripada Israel setakat ini mengenai perkara itu. – Anadolu