RAMALLAH, Palestin: Perkhidmatan telekomunikasi dan internet telah terputus sepenuhnya sekali lagi di Genting Gaza, syarikat telekomunikasi Palestin, Paltel mengumumkan awal Rabu.
“Kami kesal untuk mengumumkan gangguan sepenuhnya semua komunikasi dan perkhidmatan internet dengan Genting Gaza kerana laluan antarabangsa yang sebelum ini disambung semula terputus lagi,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di platform X.
Pada Ahad, syarikat itu mengumumkan bahawa perkhidmatan telekomunikasi dan internet telah dipulihkan secara beransur-ansur di Gaza. – Anadolu