HomeGlobalZionis serang jemaah sedang solat di masjid Gaza

Zionis serang jemaah sedang solat di masjid Gaza

SEKURANG-KURANGNYA 50 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera, selepas serangan udara rejim pengganas Israel ke atas sebuah masjid di Sabra, dekat Genting Gaza yang dikepung.

Serangan itu dilakukan ketika masjid dipenuhi dengan jemaah yang sedang mengerjakan solat, tulis satu laporan pada petang Rabu.

Bukan itu sahaja, Press TV melaporkan bahawa rejim Zionis turut menyasarkan menara telekomunikasi di Khan Yunis di selatan Gaza, yang membunuh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak.

Sebelum ini, Israel telah memaksa rakyat Palestin melakukan perpindahan secara paksa dari utara ke selatan Gaza dengan alasan kononnya bagi menjamin keselamatan mereka.

Namun, rakyat Palestin mendakwa bahawa, Israel sewenang-wenangnya melancarkan serangan bom tidak kira di mana jua kawasan serta tiada lokasi selamat untuk mereka berlindung.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 11,500 rakyat Palestin termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita terbunuh.

Sementara itu, kira-kira 32,000 lagi cedera sejak serangan rejim Zionis pada 7 Oktober lalu.

Author

Pilihan Editor