HomeHiburanAaron Aziz kena 'scam' di UK?

Aaron Aziz kena ‘scam’ di UK?

PERCUTIAN yang sepatutnya menjadi indah buat pasangan tetapi tidak buat pelakon, Datuk Aaron Aziz apabila segala rancangan percutian dirancang sepenuhnya oleh isterinya. 

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, menerusi hantaran di Instagram mendedahkan setiap kali bercuti dirinya ‘ditipu’ oleh isterinya iaitu Datin Diyana Halik.

Kongsinya yang kini sedang menikmati percutian di United Kingdom (UK) bersama keluarga, mereka terpaksa berdepan situasi tidak disangka dek kerana segala perancangan dilakukan oleh isteri.

“Masya-Allah apabila isteri hanya memberitahu tentang London dan tempat tinggal di sana dan beritahu hanya lima minit ke stesen kereta api tetapi jumlah sebenar 20 minit.

“Apabila dia memberitahu jalan lurus ke rumah dari stesen kereta api, Edinburgh tetapi kena mendaki enam tangga bersama bagasi.

“Apabila lapar, isteri masak nasi lemak ketika tiba sehingga membuatkan anda lupa mengenai tangga tadi,” tulisnya.

Kata pelakon filem KL Gangster itu, ia bukanlah pertama kali berlaku namun, ia pernah terjadi beberapa tahun lalu sewaktu bercuti ke luar negara.

Semua berlaku apabila isterinya itu merahsiakan jam perjalanan untuk ke sebuah tempat dengan menaiki kereta api.

“Ia mengingatkan saya tentang pengembaraan trauma menaiki kereta api Chamonix bertahun lalu.

“Isteri saya tidak memberitahu saya bahawa perjalanan kereta api selama sembilan jam, tetapi pemandangan membuatkan saya lupa segalanya.

When you are married for 20 years… No dispute, case close. Have fun in Edinburgh Aaron Aziz,” ujarnya.

Untuk rekod, Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net terhibur dengan gelagat suami isteri itu.

Your wife is a gd planner, he know U well Tu sebab cut the story short to make your nagging short too. #uraluckymen,” komen netizen.

“Sabar je lah ni yang dikatakan suami mithali… layankan je,” kongsi pengguna Instagram.

It’s ok la abang Malik (watak Aaron dalam KL Gangster), bukan senang nak kena scam dengan wife,” seloroh netizen

Author

Pilihan Editor