HomeGaya HidupBacakan 'bedtime story' dengan kisah Nabi, ini antara kisah yang menarik...

Bacakan ‘bedtime story’ dengan kisah Nabi, ini antara kisah yang menarik…

SELAIN membacakan buku cerita dongeng, kisah-kisah Nabi dan Rasul juga boleh dijadikan sebagai bedtime story bersama anak-anak. Satu malam satu kisah.

Pakar psikologi kanak-kanak mengesyorkan supaya ibu bapa menjadikan bedtime story sebagai rutin harian di rumah. 

Luangkan masa antara 10 hingga 15 minit setiap malam sebelum mereka tidur.

Bedtime story ini menjadi salah satu proses pembelajaran anak-anak ketika di rumah dan sekaligus dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak.

Hal ini demikian kerana, sebelum tidur adalah waktu yang paling sesuai, tepat dan tenang untuk anak-anak hadam setiap nasihat dan kata-kata yang didengari.

Oleh itu, pengguna Facebook, Dr. Amirul Amin kongsikan 13 kisah Nabi Muhammad SAW yang boleh dibacakan sewaktu hendak menidurkan anak.

  1. Tangan jadi kaku

2. Batu mengucapkan salam

3. Kayu yang berubah jadi pedang

4. Kijang yang pandai bicara

5. Rasulullah SAW boleh menghilang

6. Tongkat bercahaya

7. Pokok boleh berjalan

8. Parit api melindungi Rasulullah SAW

9. Bulan terbelah dua

10. Jari Rasulullah SAW memancarkan air

11. Makanan tak pernah berkurang

12. Daging berubah menjadi batu

13. Ketajaman penglihatan Rasulullah SAW

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan kisah Nabi Muhammad SAW dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang menarik dan bermanfaat.

Author

Pilihan Editor