BEBERAPA kali diberi peluang mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana mengakui Tanah Suci Makkah adalah tempat terbaik buatnya untuk bermuhasabah diri.
Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menerusi hantaran di Instagram memaklumkan umrah boleh dilaksanakan beberapa kali oleh semua umat Islam.
“For the first time in my life, Sarah pergi alone & Alhamdulillah Allah permudahkan semua.
“Ramai yang tanya kenapa asyik pergi umrah je? Berapa kali pergi umrah? Takde limit pun. This is my rezeki.
“This is my healing place sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri.
“Insha-Allah, siapa yang baca ni Sarah doakan semoga anda semua dijemput ke rumah Allah juga,” tulisnya.
Pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu turut memberitahu semua kiriman doa peminatnya itu sudah dibacakan di hadapan Kaabah.
“Alhamdulillah, doa-doa yang anda semua DM/whatsapp ke Sarah, dah Sarah bacakan di depan Kaabah.
Januari lalu, Puteri Sarah membawa dua cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, menunaikan umrah di Makkah.