HomeHiburan'Hormat kehidupan saya' - BCL

‘Hormat kehidupan saya’ – BCL

LAMA berdiam diri, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari, berharap orang ramai menghormati kehidupan baharunya selepas bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana pada 2 Disember lalu.

Pinta Bunga atau lebih mesra dipanggil BCL, 40, dia hanya meminta orang ramai memberi ruang serta menghormati setiap keputusan yang dilakukan untuk hidupnya ketika ini.

I hope everyone respect our life. Rakaman pada 9 November 2022 di Malaysia,” tulisnya ringkas dalam sebuah hantaran di TikTok.

Dalam video tersebut, BCL menjawab kesediaannya menerima kehadiran insan baharu dalam hidupnya selepas pemergian Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

“Mengenai membuka hati atau tidak, semuanya tergantung cara individu itu memperkenalkan diri pada saya. 

“Dia datang sebagai kawan, kemudian berbual, kami selesa dan kemudian saling berhubungan.

“Namun semua itu tidak akan sama. Saya juga tidak mencari pengganti malah tidak akan yang boleh menggantikan.

“Saya tidak memaksa untuk bertemu seseorang namun juga tidak memaksa untuk enggan berjumpa seseorang,” katanya.

Kongsinya, dia menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Tuhan dan akan menerima apa sahaja yang diaturkan buat dirinya.

“Saya hanya hidup dan lihat ke mana yang ditakdirkan Allah SWT.

“Aku cuma boleh menjalani hidup dan menerima sahaja. Kita hanya boleh lakukan terbaik dalam kehidupan,” ujarnya.

Difahamkan, video pendek temubual bersama pengamal media Malaysia itu adalah sekitar November tahun lalu sempena konsert solonya di Kuala Lumpur.

Pada 2 Disember lalu, BCL selamat bernikah dengan Tiko yang juga ahli perniagaan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Terdahulu, BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Ashraf akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Hasil perkahwinan dengan Ashraf mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.

Author

Pilihan Editor