HomeBeritaPolitikIsham Jalil kena 'remove' kumpulan WhatsApp MKT UMNO

Isham Jalil kena ‘remove’ kumpulan WhatsApp MKT UMNO

CYBERJAYA: Isham Jalil mengesahkan dirinya sudah disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO semalam.

Bagaimanapun katanya, beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung pemecatan sebagai Ahli MKT bagi penggal kedua.

“Saya belum dapat surat. Yang saya tahu mereka telah keluarkan saya dari WhatsApp group MKT UMNO malam semalam,” katanya memetik Berita Harian pada Khamis.

Semalam, media melaporkan beberapa pemimpin UMNO yang menghadiri mesyuarat MKT malam melaporkan pemecatan Isham.

Tanpa pengesahan lanjut daripada UMNO berhubung tindakan disiplin itu, namun ia dipercayai berkaitan kritikan berterusan Isham terhadap pemimpin UMNO, termasuk mengaitkan segelintir mereka sebagai ‘barua DAP’.

Isham yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO sebelum ini dipilih sebagai Ahli MKT sebaik berakhir pemilihan parti itu awal tahun ini.

Sebelum ini, UMNO memecat beberapa ahlinya termasuk bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

UMNO turut menggantung beberapa pemimpinnya termasuk bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Author

Pilihan Editor