ANGGOTA Running Man, Jee Seok-Jin dikhabarkan bakal berehat sementara dari program aneka ragam dari Korea Selatan itu disebabkan oleh masalah kesihatan.
SBS Running Man menerusi Instagram rasmi memaklumkan, anggota tertua Running Man tersebut perlu menjalani rawatan yang secukupnya sebelum kembali menjalani penggambaran.
“Anggota kami Ji Seok-jin berehat kerana alasan kesihatan.
“Ji Seok-jin memainkan peranan besar sebagai abang sulung ‘Running Man’, tetapi dia baru-baru ini didapati memerlukan rehat dan rawatan untuk kesihatannya.
“Oleh itu, Ji Seok-jin akan kembali ke ‘Running Man’ secepat mungkin setelah berehat sebentar.
“Kami meminta sokongan dan dorongan hangat anda sehingga Ji Seok-jin kembali ke keadaan yang lebih sihat,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Untuk rekod, Seok-Jin telah menjadi ahli tetap Running Man sejak 2010.