HUJUNG-HUJUNG tahun ini, ramai yang dilihat jatuh sakit hingga mengalami batuk-batuk serta kerap selsema.
Mungkin ada sebilangan individu sukar menelan ubat kerana rasanya yang pahit hingga lebih sanggup mengambil cara mudah iaitu membiarkan sahaja kesakitan yang dialami berlarutan.
Jangan begitu! Masih ada banyak alternatif lain yang boleh digunakan anda untuk kembali sihat seperti mengikut petua orang-orang tua dengan mengambil manfaat daripada khasiat tumbuh-tumbuhan.
Antara petua yang boleh diamalkan anda ketika batuk dan selsema adalah minum air lemon madu.
Mudah saja untuk hasilkan air khasiat ini, jom ikuti langkah yang dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin
Bahan:
Buah lemon
Madu
Bekas air – sebaiknya bekas jenis kaca
Langkah Penyediaan:
1. Cuci buah lemon: kalau nak lagi bersih, rendam dahulu dengan garam kemudian cuci
2. Potong lemon jadi hirisan, buang biji
3. Ambil bekas air, masukkan madu serta salutkannya disekeliling bekas
4. Kemudian, masukkan beberapa hirisan lemon
5. Perah lemon untuk keluarkan jus segar
6. Selang dengan madu, lemon, madu hingga cukup dalam bekas
7. Peram sekurang-kurangnya dua hari dalam peti sejuk
8. Ambil sedikit peraman yang dibuat, masukkan ke dalam air suam dan kacau rata.
Selamat mencuba!