HomeGaya HidupJom MakanRaikan Aidilfitri anda dengan resipi biskut 'choc chip' ala Famous Amos!

Raikan Aidilfitri anda dengan resipi biskut ‘choc chip’ ala Famous Amos!

KEMERIAHAN raya semakin terasa, pasti ramai sudah mula membuat persiapan biskut raya untuk Syawal yang bakal tiba seminggu sahaja lagi.

Jom ikuti perkongsian resipi biskut choc chip ala Famous Amos yang dikongsi oleh Azalina Ina untuk memberi kelainan pada raya anda tahun ini.

Resepi ini bukan sahaja mudah, malah dapat berjimat dengan rasa air tangan sendiri tau!

Penyediaan bahan A adalah seperti berikut:

  • 250 gram marjerin
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

(Pastikan bahan A dikacau sehingga sebati sebelum dicampurkan dengan bahan B)

Penyediaan bahan B adalah seperti berikut:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • 2 cawan cip coklat (untuk dimasukkan pada akhir sekali)

Cara-cara adalah seperti berikut:

  1. Gaulkan semua bahan A dan bahan B sehingga rata kecuali cip coklat. Apabila ke semua adunan sudah sebati, tambahkan pula dua cawan cip coklat.
  2. Sejukkan adunan seketika dalam peti sejuk selama lebih kurang setengah jam.
  3. Selepas setengah jam, keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar. Tekstur adunaan akan kelihatan sedikit lembik tapi itu perkara normal. 
  4. Bentukkan adunan mengikut cita rasa anda dan susun di atas loyang, pastikan jarak antara aduanan jauh sedikit untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
  5. Masukkan dalam ketuhar, bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celcius guna api atas bawah atau ikut kepanasan ketuhar masing-masing.

Apabila biskut kelihatan sudah mengembang dan naik bau semerbak, itu menandakan yang biskut sudah hampir masak. 

Selain itu, pastikan anda menyimpan biskut ke dalam bekas kedap udara untuk pastikan biskut bertahan dalam tempoh yang lama.

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor