HomeGaya HidupJom MakanMasak beras basmati guna tips ini! Nasi 'confirm' lembut, cantik berderai!

Masak beras basmati guna tips ini! Nasi ‘confirm’ lembut, cantik berderai!

MASAK NASI mungkin kedengaran mudah sahaja buat para ibu dan anak-anak yang ‘rajin’ masuk ke dapur.

Tapi, bukan semua beras sesuai dimasak menggunakan cara yang sama kerana ada sesetengah beras berbeza caranya seperti hidangan nasi lemak, nasi kerabu atau mungkin nasi hujan panas.

Begitu juga dengan cara masak nasi menggunakan beras basmati yang seringkali digunakan untuk sajian nasi beriyani.

Nak tahu tips masak nasi lembut cantik berderai, jom ikuti petua dikongsi Faizah Md Zain.

Tip nasi lembut, berderai dan masak sekata:

Foto: FB Faizah Md Zain
  • Basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai n lembut)
  • Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air(1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang korang nak masak
  • Untuk memasak, didihkan dulu air baru masukkan beras
  • Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah
  • Untuk warnakan nasi, tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor