HomeGaya HidupJom MakanResepi jagung ‘cheese’ leleh! Snek ringan dan ringkas!

Resepi jagung ‘cheese’ leleh! Snek ringan dan ringkas!

MUNGKIN ada antara anda yang gemar ke pasar malam membeli hidangan jagung bersalut krim keju kerana mahukan sesuatu yang manis untuk dinikmati.

Namun, takkanlah setiap minggu nak kena beli sahaja? Mahu ‘koyak’ poket anda.

Tak susahpun nak hasilkan sendiri di rumah jagung cheese leleh ini!

Jom ikuti resepi ringkas yang dikongsi Nurnabeela.


Bahan-Bahan:

  • 3- 4 tongkol jagung manis dibelah 3 bahagian (Nak pakai isi jagung sahaja pun boleh)
  • ½ cawan mentega
  • 1 tin susu cair/ susu segar
  • 250gm keju krim (saya guna tatura)
  • Susu pekat manis secukupnya
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1. Rebuskan dahulu jagung sehingga masak. Setelah itu, buang air rebusan. Masukkan susu cair.
2. Masukkan mentega. Hidupkan api perlahan.
3. Masukkan keju krim yg sudah diletakkan suhu bilik. Gaul rata.
4. Masukkan susu pekat manis. Tahap kemanisan boleh ikut citarasa masing-masing.
5. Biarkan mendidih, masukkan garam sedikit dan siap!

Author

Pilihan Editor