HomeGaya HidupJom MakanResepi kepah masak lemak cili padi mengancam!

Resepi kepah masak lemak cili padi mengancam!

JIKA anda peminat kepah dan gemar masakan kampung, apa kata anda cuba nikmati sajian kepah masak lemak cili padi!

Mudah saja cara nak hasilkan masak lemak ini, jom ikuti resepi perkongsian Dapur Opah ini!

Bahan:

*Anggaran ikut kuantiti kepah

  • Kepah
  • Serai – dihiris nipis
  • Bawang merah (guna bawang besar pun boleh)
  • Kunyit hidup sedikit
  • Serbuk kunyit (nak kuning letak lebih)
  • Cili padi
  • Jintan manis sedikit
  • Santan

*Bahan-bahan di atas dikisar // kepah dibersihkan terlebih dahulu

Foto: FB Resepi Dapur Opah

Cara Penyediaan:
1. Ketuk serai, tumis bersama bahan kisar.. api kecil sahaja

  1. Nak pekat tambah lagi santan, masuk kepah.. masak sehingga kepah terbuka.. (kepah terbuka = kepah dah masak)
  2. Perasakan ikut selera masing-masing ( garam,garam gula atau sebagainya)
  3. Masuk daun kunyit yang dicarik-carik (untuk beri bau lagi wangi)
  4. Tunggu sebentar hingga masak, kemudian tutup api. Siap!

Author

Pilihan Editor