HomeGaya HidupJom MakanResepi sambal gesek 'menyengat' ala Ayam Gepuk Pak Gembus

Resepi sambal gesek ‘menyengat’ ala Ayam Gepuk Pak Gembus

PASTI ada sebilangan daripada anda gemar menikmati makanan hangat dan pedas seperti ayam gepuk kerana sambalnya yang ‘mengancam’!

Namun, bukan semua kedai menghidangkan sambal yang mencapai tahap kepuasan anda.

Jangan risau! Jom ikuti perkongsian @helmihaqiem untuk pelajari cara membuat sambal gesek yang seakan sama seperti sambal di kedai Ayam Gepuk Pak Gembus.


Bahan:

  • Bawang putih
  • Cili padi merah (yang pedas), cili padi hijau kampung (ratio cili merah 3: 1)
  • Cili hijau
  • Kacang jagus (wajib ada, takde tak sedap)
  • Minyak bijan (wajib ada, takde tak wangi)
  • Minyak masak


Cara Masak:

  1. Tumbuk bawang putih hingga lumat, masukkan cili merah dengan cili hijau – disarankan guna batu giling / lesung batu
  2. Sementara itu, panaskan minyak masak hingga berasap
  3. Campurkan cili yang dah dilumat dengan minyak masak dalam lesung batu sampai bunyi berdeserrr
  4. Tumbuk kacang gajus kemudian, gaulkan dengan cili yang dah dilumat
  5. Tambah garam dengan MSG, gaul rata dan masukkan minyak bijan
  6. Gaul rata – minyak kalau dah tak panas, panaskan balik hingga berasap kemudia tuang dalam bahan siap tumbuk
  7. Gaul > letak minyak > gaul > letak minyak dia akan masak sendiri dalam lesung batu
  8. Cuba rasa, kalau tak cukup garam, MSG, tambah bagi cukup rasa
  9. Masukkan dalam bekas, jika minyak elok terapung elok pecah tanda minyak dah siap

Tips:

  • Sambal gesek ini tak perlu simpan dalam chiller/fridge sebab dah masak sendiri dengan minyak panas
  • Boleh tahan 3-4 hari suhu bilik atas meja makan
  • Pastikan simpan dalam bekas kedap udara
  • Pastikan sudu bersih, ambik sekali then tutup, jangan usik semua

Author

Pilihan Editor