HomeGaya HidupJom MakanResepi ubi tonyoh - Hidangan popular musim tengkujuh

Resepi ubi tonyoh – Hidangan popular musim tengkujuh

MESKIPUN kini terdapat pelbagai aneka kuih-muih moden yang rata-ratanya bersalut keju, pasti ada waktu tekak anda mengidam makanan selera tradisional.

Pernahkah anda rasai nikmat hidangan ubi tonyoh yang cukup popular di negeri pantai timur.

Menurut seorang wanita dikenali, Mizah Ngatiman, ubi tonyoh adalah ubi kayu berwarna kuning yang diparut.

Kongsinya, hidangan tradisional itu amat laris pada musim tengkujuh.

Bagi anda yang berminat mencuba masakan ini, jom ikuti resepi mudah yang dikongsi Mizah:

Bahan-bahan:

  • 3 batang ubi kayu saiz sederhana
  • 1 biji kelapa parut (bahagi dua untuk kukus dan untuk gaul)
  • Sedikit garam halus
  • 1 senduk rata gula pasir (suka manis lebihkan)

    *ada yang gaul dengan Gula Nise/Gula Melaka
    *ada yang buat warna warni

Foto: FB Mizah Ngatiman

Cara Penyediaan:

  1. Buang kulit ubi kayu dan dicuci bersih isinya.
  2. Kemudian, boleh mula menyagat ubi kayu dengan halus menggunakan penyagat.
  3. Ambil 2 sudu kelapa parut dan campurkan ke dalam bekas berisi ubi kayu tadi.
  4. Masukkan secubit garam halus dan satu sudu rata gula pasir.
  5. Gaulkan kesemua bahan-bahan itu sehingga sebati dan kukus selama 15 minit.
  6. Sementara itu, boleh ambil kelapa parut yang diasingkan dua tadi untuk dikukus sekejap bersama secubit garam halus.

Selepas 15 minit, ubi kayu boleh dikeluarkan dari periuk kukus dan ia sedia dinikmati bersama kelapa parut yang juga telah dikukus.

Author

Pilihan Editor