HomeGaya HidupJom MakanSelera kampung! Kerabu pucuk paku kerang memikat!

Selera kampung! Kerabu pucuk paku kerang memikat!

BAGI peminat masakan kampung dan gemar nikmati lauk berasaskan kerang, jangan lupa untuk cuba nikmati kerabu pucuk paku kerang!

Pasti bertambah selera anda rasai sajian ini bersama nasi putih. Kalau nak meratah sajapun sedap!

Susah ke nak buat kerabu pucuk paku kerang ini? Mudah saja!

Jom ikuti resepi perkongsian Erny Yusniza Saad.

Bahan-bahan:

  • 100 g taugeh
  • 100 g isi kerang yg sudah direbus
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Sedikit belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 7 biji cili padi*
  • 1 sudu teh asam jawa ekstrak*
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 sudu besar kerisik*
  • 3 sudu besar pati santan*
Foto: FB Erny Yusniza Saad.

Cara Masak:

  • Semua bahan bertanda * dikisar tanpa air, saya guna hand blender ja
  • Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan yang dikisar tadi dalam mangkuk
  • Gaul hingga sebati
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa kemudian, gaul sebati
  • Sedia untuk dihidangkan

Selamat menjamu selera!

 

Author

Pilihan Editor