HomeGlobalUK pertimbang haram media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun

UK pertimbang haram media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun

KERAJAAN United Kingdom (UK) kini dalam pertimbangan untuk menghadkan akses media sosial ke atas individu berusia bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus penggunaanya, lapor Bloomberg.

Susulan itu, Kerajaan UK dijangka memulakan proses mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak mulai Januari depan.

Pengumpulan maklumat itu dilakukan selepas UK meluluskan Akta Keselamatan Atas Talian (Online Safety Act) yang meningkatkan tanggung jawab ke atas syarikat yang menawarkan perkhidmatan kepada pengguna bawah umur.

Dalam pada itu, pertimbangan untuk memberi kuasa kepada ibu bapa dan penjaga bagi mengawal penggunaan media sosial milik individu bawah 16 tahun turut dipertimbangkan.

Beberapa tahun lalu, China mengeluarkan arahan platform menghadkan masa permainan kanak-kanak bagi mengelakkan ketagihan yang menerima reaksi negatif dari negara-negara Barat yang mengatakan ia kawalan melampau.

Bagaimanapun, kebanyakan negara Barat kini seolah-olah memperakui tindakan China susulan ramai yang mula menunjukkan usaha melakukan kawalan yang sama.

Author

Pilihan Editor