HomeEkspresiJom naik Eco-Cruise Sungai Linggi di Melaka!

Jom naik Eco-Cruise Sungai Linggi di Melaka!

JIKA anda pencinta alam yang gemar menikmati suasana kehijauan ditambah deruan sungai yang mengasyikkan, jom terokai keindahan Ecotourism Paya Lebar yang terletak di daerah Masjid Tanah, Melaka.

Untuk mengamati panorama alam yang menakjubkan, anda boleh menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar.

Menerusi trip Eco-Cruise ini, anda bakal dibawa menerokai tiga lokasi menarik iaitu ke Taman Lokan, Kota Simpang dan Sabak Arang.

Jom ikuti perjalanan kami sewaktu menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi menerusi lensa Media Variasi!

Eco-Cruise Sungai Linggi

Suasana yang redup, pasti membuatkan pengunjung berasa tenang dan nyaman menyusuri Sungai Linggi.
Jangan terkejut jika anda ketemu buaya di sungai ini kerana kawasan Paya Lebar ini adalah lokasi habitat buaya. Ptss, katanya ada lebih 1,200 spesis buaya sepanjang Sungai Linggi ini..menarik tengok depan mata ni!

Taman Lokan
Dengan menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi, anda bakal berkunjung ke Taman Lokan. Disini, pengunjung boleh melihat ternakan lokan dan udang galah.

Bukan itu sahaja, anda turut berpeluang menikmati makan tengahari di Restoran Terapung Sungai Linggi. Wajib rasa masak lemak ikan siakap disini, memang padu!

Selain masak lemak ikan siakap, anda juga bakal nikmati hidangan lauk-pauk menarik seperti lokan masak sambal dan udang galah goreng tepung.

Rasai pengalaman makan lokan segar ketika berkunjung ke Taman Lokan ini!

Kota Simpang

Dalam menikmati suasana kehijauan, pengunjung juga akan dibawa menerokai sejarah lama Melaka menerusi persinggahan di Kota Simpang. Dekat sini anda berpeluang melihat kawasan peninggalan zaman Belanda. Masih ada tembok, perigi dan tiang dari zaman dahulu kala ini. Menarik untuk tambah ilmu sejarah Melaka!

Sekitar kawasan di Kota Simpang – Foto – Hyad Travel

Sabak Arang

Jangan lepaskan peluang untuk melihat penghasilan kayu arang secara tradisional di Sabak Arang. Menariknya, Sabak Arang disini berbentuk iglu dan berusia lebih 100 tahun. Memang tip top produk yang dihasilkan secara klasik ini!

Sabak Arang // Foto – Hyad Travel
Bagi anda yang mahukan ketenangan dari bingit kota, jom berkunjung ke Paya Lebar!

Author

Pilihan Editor