HomeGaya HidupJom MakanKempunan 'Kek Tapak Kuda Ustaz'? Jom buat guna resepi ini!

Kempunan ‘Kek Tapak Kuda Ustaz’? Jom buat guna resepi ini!

SEJAK kebelakangan ini, kek tapak kuda menjadi sebutan khususnya di TikTok dek kerana ramai yang ‘mengidam’ untuk rasai keenakan kek tapak kuda yang dijual oleh ustaz Riduan.

Namun, untuk mendapatkan kek tapak kuda ustaz Riduan itu teramatlah sukar!

Sementara menanti peluang membeli kek tapak kuda ustaz, apa kata anda cuba hasilkan sendiri dengan mengikut resepi yang dikongsi oleh Diana Rahim.

Foto: Lemon8 eiquikies

Bahan:

  • 5 biji telur gred A/B
  • 2 biji kuning telur A/B
  • 68g gula icing
  • 20g ovalate
  • 1sk esen vanilla
  • 65g tepung gandum
  • 1sk baking powder
  • 75g butter cair
  • Topping
  • 250g nutella
  • 1 cawan nestum
    (Mix kan aje)
Foto: Lemon8 eiquikies

Cara Masak:

  • Masukkan semua bahan kecuali butter cair
  • Mix kan sehingga kembang
  • Masukkan butter cair dan kaup balik sahaja
  • Masukkan dalam loyang 10inci ye
  • Bakar suhu 130’ masa 35min. ( bergantung suhu oven masing2 ye)
  • Dah siap, potong 2
  • Lapik plastik wrap, isi filling lepas tu gulung
  • Masukkan dalam peti sekejap lepas tu boleh potong dan makan.Selamat mencuba!

    Foto: FB Izyan Musa

Author

Pilihan Editor