BAKAL pengantin sering mencari cara untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka unik dan epik.
Pasangan pengantin yang lebih sukakan cabaran melakukan majlis perkahwinan mereka di dalam laut, sambil melakukan terjunan dari pesawat dan macam-macam lagi.
Namun satu pasangan ini memutuskan untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka lebih unik dan tidak akan dapat dilupakan oleh tetamu mereka. Mereka membakar diri mereka ketika berjalan di hadapan tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.
Ya betul, memang betul, lapor portal berita Unilad. Gabe Jessop dan Ambyr Bambyr sengaja membakar diri mereka semasa mereka berjalan di hadapan tetamu, membuatkan mereka terkejut dan terkesima.
Pasangan itu, yang bertemu semasa bekerja sebagai beregu lagak ngeri dalam industri perfileman, dan telah membintangi filem seperti Yellowstone dan Hereditary, tahu bahawa mereka perlu melakukan sesuatu yang akan menjadi perhatian apabila mereka akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.
Rakaman aksi hebat itu kemudiannya beredar di media sosial. Kebakaran bermula dengan sejambak bunga yang terbakar yang kemudian merebak ke bahagian belakang pasangan pengantin yang sedang berjalan berpegangan tangan. Kedengaran tetamu riuh rendah bersorakan.
Gambar-gambar aksi pengantin dikongisi di akaun X (dahulunya Twitter) bernama @Vicoseven dan menyebabkan warga net kebingungan.
The lovebirds are trained professionals – Gabe Jessop and Ambyr Mishelle, 42-year-old stunt doubles who work on TV and film sets such as “Yellowstone” and “Hereditary,”…They decided to pay homage to their shared careers during their wedding. No one was injured. pic.twitter.com/Flk05HvvaK
— Vico (@Vicoseven) September 19, 2023
“Bagaimana rambut mereka bertahan?” tanya seorang pembaca, manakala seorang lagi menambah: “Oh, perkahwinan pelakon lagak ngeri memang berbeza. Semoga anda berdua bahagia hingga beratus-ratus tahun.”
Yang ketiga menulis: “Seronok melihat kedua-dua beregu lagak ngeri ini memulakan langkah seterusnya dalam hidup mereka dengan sangat menarik. Bagaimana agaknya mereka akan menjelaskan kepada anak-anak jika ada yang hendak mengadakan perkahwinan seperti itu.”