HomeGaya HidupJom MakanResepi kerabu kaki ayam ala Thai! Bertambah selera makan nasi!

Resepi kerabu kaki ayam ala Thai! Bertambah selera makan nasi!

MUNGKIN ada sebilangan daripada anda gemar nikmati kaki ayam sebab ‘nikmat’ menggigitnya itu serta dipercayai memberi kolagen untuk tubuh badan.

Geng suka makan kaki ayam ini pasti dah biasa rasai hidangan seperti sup kaki ayam dan kaki ayam goreng. Tapi, pernah tak anda cuba penangan kerabu kaki ayam ala Thai?

Mudah sahaja nak masak kerabu kaki ayam ini taw! Buat anda yang nak cuba masak dirumah, jom ikuti perkongsian resepi dari Sufi Allysha.

Bahan:

  • Kaki ayam
  • Sedikit cuka makan
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sedikit garam
  • Air
Foto: FB Sufi Allysha

Cara Masak:

  • Masukan air, halia, bawang putih, cuka makan dan garam dalam periuk
  • Kemudian, biarkan sampai mendidih
  • Masukkan kaki ayam, rebus sampai betul-betul empuk, pastikan tutup periuk yer
  • Lepas dah empuk, sejatkan kaki ayam (ketepikan dulu)
  • Jangan buang air rebusan kaki ayam! Sebab air itu banyak kolagen, boleh simpan untuk buat sup

Bahan Sos/colek:

  • Bawang putih
  • Bawang merah siam
  • Cili besar merah
  • Cili padi merah & hijau (ikut kepedasan yang anda suka)
  • Akar ketumbar
  • Limau nipis (ambil jusnya, guna limau nipis kampung, yang ada biji lebih membangkitkan selera- sebab baunya kuat)
  • Sos ikan
  • Gula kelapa (kalau tiada, boleh tukar gula perang @ gula melaka)
  • Sedikit garam
  • Sos cili thai
  • Daun ketumbar(potong kasar)
  • Foto: FB Sufi Allysha

Cara Buat Sos:

  • Tumbuk cili padi merah dan hijau, cili merah, akar ketumbar, bawang putih serta bawang merah (tumbuk kasar-kasar, pastikan tumbuk jangan blender)
  • Masukkan gula kelapa dan garam
  • Gaul sebati bersama sos ikan,sos cili dan perahkan jus limau serta sedikit air Rebusan kaki ayam
  • Potong daun ketumbar dan gaul sebati bersama kaki ayam yang direbus
  • Boleh hidang bersama tomato,timun dan kacang panjang serta sayur yang kita suka
  • Tabur daun ketumbar yang dah siap hiris kasar tadi (tomato dan timun buang biji untuk elakan terlalu banyak air)

Kerabu kaki ayam ini sedap dimakan begitu sahaja, nak makan dengan nasi pun okay! Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor