BAGI peminat hidangan kuetiau Kung Fu, pernah tak anda cuba nikmati sajian kuetiau Tomyam?
Gabungan kuetiau rangup dalam kuah tomyam yang pekat masam manis pedas itu tentunya membuatkan anda ‘kecur air liur’!
Hidangan ini juga mudah dimasak sendiri dengan merujuk resepi yang lengkap!
Nak cuba masak di rumah? Jom ikuti resepi kuetiau Tomyam yang dikongsi oleh Che Sayang Kitchen.
Bahan:
- Air 2 cawan
- Bawang merah & bawang putih
- Serai, akar daun ketumbar & lengkuas
- Cili padi
- 3 sudu pes tomyam
- 2 sudu pes cili thai
- Brokoli, cauliflower & carrot
- Sotong & udang
Garam - Daun ketumbar
- Telur 2 biji
- Lada sulah & kuey teow
Cara memasak:
- Panaskan air dalam periuk. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang dipotong kasar.
- Kemudian, masukkan juga serai yang dititik, akar daun ketumbar, lengkuas dan juga cili padi merah.
- Biarkan mendidih dan rebus semua bahan dalam 2-3 minit.
- Kemudian, masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sehingga sebati.
- Biarkan mendidih sekejap sebelum masukkan brokoli, cauliflower dan carrot.
- Masak sehingga sayur agak layu sebelum masukkan udang dan sotong.
- Perasakan dengan garam dan 1 sudu santan. Akhir sekali letakkan daun ketumbar. Siap bahagian kuah tomyam.
- Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Letakkan juga lada sulah dan kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan 1 peket kuey teow ke dalam mangkuk berisi telur tadi. Gaul sehingga sebati.
- Goreng di dalam minyak dan terbalikkan apabila bahagian bawah sudah garing. Masak sehingga kedua-kedua belah garing.
- Angkat ke atas pinggang dan curahkan kuah tomyam tadi. Selamat mencuba!
@chesayang_kitchen Episod 295 | Resepi Kuey Teow Kungfu Tomyam Seafood | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Resepi penuh Resepi tomyam – Air 2 cawan – Bawang merah & bawang putih – Serai, Akar daun ketumbar & lengkuas – Cili padi – 3 sudu pes tomyam – 2 sudu pes cili thai – Brokoli, cauliflower dan carrot – Sotong & Udang – Garam – Daun ketumbar – Telur 2 biji, lada sulah & Kuey teow #resepichesayang #chesayangkitchen #susahkenakbuat #kueyteowkungfutomyam