HomeGaya HidupJom MakanResepi kuih kaswi gula merah lembut ‘gedik-gedik’!

Resepi kuih kaswi gula merah lembut ‘gedik-gedik’!

RASANYA tak lengkap menu santai di petang hari jika tiada manisan seperti kuih-muih.

Buat anda yang gemar rasai kuih ‘orang-orang lama’, jom cuba hasilkan kuih kaswi gula merah perkongsian resepi dari Noriza Awang Hamat.

BAHAN-BAHAN: 

AIR GULA:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit garam
1 helai daun pandan

BAHAN LAIN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 cawan air biasa
1 sudu besar air kapur
1 mangkuk putih kelapa + sedikit garam dan kukus sekejap | untuk urap dengan kuih

CARA MEMBUAT:

1. Campur gula merah, gula putih, air, secubit garam dan daun pandan dalam periuk dan renehkan hingga gula larut.
2. ⁠Tapiskan dan jadikan 2 cawan air gula, ketepikan dan biarkan sejuk.
3. Masukkan air gula bersama tepung gandum, ubi, air dan air kapur dalam blender. Kisar hingga halus.
4. ⁠Sapukan loyang (saya gunakan loyang 9 X9) dengan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.
5. ⁠Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan hingga masak lebih kurang 45 minit.
6. ⁠Setelah masak, tutup api dan biarkan kuih dalam pengukus hingga hilang wap baru keluarkan.
7. ⁠Setelah sejuk boleh potong dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sekejap.
8. ⁠Sedia dihidangkan.

Author

Pilihan Editor