HomeHiburan'Saya akan lebih berhati-hati' - Sharifah Sakinah mohon maaf

‘Saya akan lebih berhati-hati’ – Sharifah Sakinah mohon maaf

PELAKON, Sharifah Sakinah tampil memohon maaf kepada semua pihak yang kurang senang dengan tindakannya mendukung anak anjing dalam satu hantaran video di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Sakinah, 35, turut berjanji akan lebih berhati-hati selepas menerima banyak teguran daripada netizen berhubung insiden terbabit.

“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.

“Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya memetik Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon filem Jemputan ke Neraka itu turut berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.

“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka.

“Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” ujarnya.

Terdahulu, tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing di Instagram Story miliknya menerima kecaman teruk dalam kalangan warga net kerana menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.

Author

Pilihan Editor