HomeHiburanSiti Nurhaliza sambut hari lahir ke-45 di Mekah

Siti Nurhaliza sambut hari lahir ke-45 di Mekah

SEMPENA hari ulang tahun ke-45, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan hari jadinya di kota Mekah, hari ini.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin berkata, perkara itu adalah sebahagian impian buat tahun 2024.

“Alhamdulillah, saya pasti siapa sahaja yang pernah pergi (Tanah Suci), mesti akan merinduinya. Ada satu perasaan rindu yang memanggil-manggil.

Saya tidak buat persediaan awal, cuma saya fikir, ada masa yang cukup, terus saya buat keputusan untuk ke sana. Saya kata, impian tahun ini nak sambut hari lahir di Tanah Haram (Mekah dan Madinah).

“Saya minta izin suami (Datuk K) dan dia kata okey. Jadi saya bawa sekali kedua-dua anak saya (Aafiyah dan Afwa), serta ibu dan ibu mentua saya ke sana,” katanya seperti dilapor HibGlam pada Khamis.

Tangkap layar menerusi perkongsian di InstaStory Siti Nurhaliza hari ini – ‘selfie’ bersama anak-anak di Kota Mekah

Pelantun lagu Purnama Merindu itu turut menyatakan bahawa umrah berkenaan turut dijadikan sebagai hadiah hari lahir ibunya memandangkan dia tidak sempat meraikan bersama pada 31 Disember lalu.

“Selain impian saya untuk menyambut hari lahir di sana, ini juga merupakan hadiah hari jadi untuk ibu yang melahirkan saya.

“Syukur alhamdulillah, Allah SWT permudahkan semua urusan saya dan keluarga,” katanya.

Author

Pilihan Editor