HomeBeritaViralPensyarah UiTM meninggal dunia ketika joging di Puncak Alam

Pensyarah UiTM meninggal dunia ketika joging di Puncak Alam

AKTIVITI riadah di Eco Grandeur, dekat Puncak Alam, Selangor bertukar menjadi sebuah tragedi, apabila seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dikhuathiri terkena serangan jantung meninggal dunia pada Rabu.

Difahamkan, Allahyarham Junaidi Muslim yang merupakan Pengarah Fasiliti & ICT, UiTM Cawangan Selangor itu secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika berjoging di taman rekreasi berkenaan.

Junaidi meninggal dunia di lokasi kejadian, namun tidak dapat dipastikan punca sebenar sehingga kini.

Allayarham Junaidi meninggal dunia ketika sedang melakukan aktiviti riadah pada Rabu. -Foto: Media Sosial

Video memaparkan ketibaan sebuah ambulans dan jenazah mangsa yang dilitupi kain putih di lokasi kejadian kini tular di media sosial.

Setakat ini, UiTM mahupun pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Author

Pilihan Editor