“INILAH masalah media sosial. Kalau suami like itu sebab perempuan itu cantik, mendedahkan aurat, maka berdosa.”
Itu kata pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali UAI mengenai hukum seorang suami menekan tanda ‘like’ pada foto wanita lain jika disebabkan faktor kecantikannya.
Malah, UAI turut memaklumkan berdosa juga hukumnya jika meninggalkan tanda suka pada gambar wanita yang tidak menutup aurat.
Bagaimanapun, tidak berdosa jika seseorang suami niat ‘like’ sesuatu hantaran atas sebab suka dengan isi kandungan yang dipaparkan.
“Tapi kalau dia ‘like‘ itu bukan kerana aurat itu, tetapi kerana apa yang perempuan itu ucapkan itu betul, contohnya wanita itu berikan resepi makanan dan dia tidak tutup aurat.
“Jadi bila dia like dia bukan like perempuan itu tak tutup aurat, dia like resipi. Maka tidak berdosa,” katanya dalam satu ceramah.
@secretagenttt Hukum suami LIKE gambar perempuan lain || USTAZ AZHAR IDRUS #ustazazharidrus #ceramah #ceramahislam #ceramahpendek #ceramahlucu #hukum #islam #islamic_video #islamic_media #islamicvideo #islamicstatus #islamicreminder #reminder #reminderislamic #suamiistri #rumahtangga #dakwah #dakwah_islam #dakwahtiktok #dakwahislam #foryou #foryoupage #fyp #viral #aestheticvideos #aestheticislam
Namun begitu, UAI menasihati para suami agar meninggalkan benda yang meragukan dan sebaik-baiknya tidak perlu ‘like’ gambar wanita lain demi mengelakkan fitnah.
“Kemudian pula bini dia cemburu tengok. ‘Aku disuruh tutup aurat, perempuan lain dia pakai ketat dia pergi like‘. Apabila begitu terjadilah keraguan benda yang meragukan.
“Maka sebaiknya tak usah like kerana dia menyebabkan isteri kita rasa ragu. Nabi kata kalau meragukan, tinggalkan perkara itu,” ujarnya.