HomeGaya Hidup'Telinga penuh tahi sampai...' - Wanita ini ingatkan ibubapa jaga kebersihan anak-anak

‘Telinga penuh tahi sampai…’ – Wanita ini ingatkan ibubapa jaga kebersihan anak-anak

MENJADI seorang ibu atau bapa mungkin kedengaran seronok kerana dikurniakan cahaya mata.

Namun, harus diingatkan bahawa ia bukan sekadar gelaran semata sebaliknya hadir dengan tanggungjawab untuk membesarkan anak tersebut.

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali Ainn Jamaluddin menyuarakan peringatan kepada ibubapa dan penjaga tentang kebersihan anak-anak.

Menerusi hantaran di Grup Facebook ‘Resepi Bayi dan Tips’, wanita tersebut berkongsi pengalamannya sewaktu bekerja sebagai guru di taska.

“Selain menjaga pemakanan anak-anak kecil, tolong jaga kebersihan mereka juga ya ibu ayah. Sangat penting untuk kesihatan mereka semua ini.

“Saya pernah jadi guru taska tapi bukan buka aib mana-mana pihak cuma saya terkejut anak murid saya seorang itu telinga penuh tahi sampai keluar, saya uruskan dia bersih mungkin parents tiada masa, saya bersangka baik sahaja.

“Jadi jaga la kebersihan anak-anak okay demi kesihatan mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ainn turut berkongsi enam perkara yang perlu dilakukan bagi menjaga kebersihan anak-anak.

Foto: FB Ainn Jamaluddin

Author

Pilihan Editor