HomeGaya HidupJom MakanTips goreng ikan tak melekat di kuali!

Tips goreng ikan tak melekat di kuali!

MUNGKIN ada antara kita yang tidak gemar menggoreng ikan kerana ‘benci’ melihat ikan berkenaan melekat di kuali.

Namun, jangan pelik jika dikatakan untuk menggoreng ikan juga ada teknik yang wajar diikuti supaya perkara sedemikian tidak berlaku.

Jom ikuti perkongsian daripada seorang pencipta kandungan masakan, Selvakumar Arunasalam mengenai tips goreng ikan tidak melekat di kuali.

Tips 1:
Panaskan minyak dalam kuali A tapi tuang dalam kuali B yang tak dipanaskan, baru goreng ikan. Logik dia, minyak panas tapi kuali tak panas. Banyak saya tengok chef-chef baju putih follow style nie. Bagi saya, rumit sebab kena cuci dua kuali.

Tips 2:
Masukkan tepung jagung dalam minyak, confirm cantik tapi minyak not reusable.

Tips 3:
Pakai kuali tinggalan nenek tahun 80, yang nie saya tak pasti kenapa, saya ada sebiji, memang tak lekat. Mungkin kerak peninggalan dia membantu, aura dia kot. Korang jangan main-main.

Tips 4:
Teknik ini adalah hasil penemuan terkini saya, campurkan sedikit minyak semasa kita sediakan ikan dengan perapan dia. Hasil ikan sebelum nak goreng pun dah macam berminyak. Dah tiga kali saya buat, tak lekat.

“Kalau korang cuba semua di atas dan masih melekat sampai kulit-kulit ikan tertanggal, korang kena mandi bunga. Something is not right!,” seloroh Selvakumar dalam perkongsiannya di Facebook itu.

Foto: FB Selvakumar Arunasalam

 

Author

Pilihan Editor