HomeHiburan'Aslam bukan orang yang boleh berpoligami, dia tak berkemampuan' - Abby Abadi

‘Aslam bukan orang yang boleh berpoligami, dia tak berkemampuan’ – Abby Abadi

CYBERJAYA: Pelakon dan penyanyi Abby Abadi beranggapan menantunya, Ahmad Aslam Mazlan seorang yang tidak layak poligami kerana tidak berkemampuan.

Menerusi perkongsian temu bual di akaun Instagram Datuk Aliff Syukri, Abby berkata, dia tidak tahu apa-apa mengenai hubungan anaknya, Marissa Dania dengan Aslam sebelum ini.

Bekas penyanyi kumpulan Elite itu tidak menyangka bahawa hubungan yang terjalin adalah serius sehingga berlaku perkahwinan seperti yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

“Aslam bukan orang boleh berpoligami, saya tak nampak sebab… dia tak berkemampuan,” ulasnya.

Abby turut menyatakan yang tiada seorang pun di dalam ahli keluarga terdekat tahu mengenai hubungan anak sulungnya bersama Aslam.

“Keluarga yang lain tak tahu menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki (Aslam) yang sekarang ini lah,” katanya lagi.

Menerusi temu bual itu, Aliff bertanya adakah Abby akan menerima Aslam jika menantunya itu datang berbaik dengannya.

Abby tidak nafikan yang dia terkejut dengan perubahan Marissa sehingga bukan seperti anak yang dikenali.

“Marissa dari kecil dengan saya dan anak saya tak macam sekarang. Saya pun rasa macam ada rasa sesuatu yang membuatkan dia seperti berubah 360 darjah, macam bukan dia.

“Benda ini memang di luar jangkaan saya dan bapanya (Norman Hakim). Kami dah berhabis baik jaga anak kami tapi tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat,” katanya menerusi temu bual tersebut.

Untuk rekod, Marissa yang merupakan anak kedua kepada bekas pasangan suami isteri iaitu Abby Abadi dan Norman Hakim.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan bahawa Marissa telah bernikah secara rahsia dengan seorang lelaki berstatus suami orang di Songkhla, Thailand.

Lebih sensasi lagi, apabila pendedahan tersebut disahkan oleh Nadiah Mazlan, kakak kepada isteri pertama Aslam.

Author

Pilihan Editor