HomeBeritaViral'Comel dooh!' - Keletah si kecil cakap loghat 'Ganu' mencuit hati

‘Comel dooh!’ – Keletah si kecil cakap loghat ‘Ganu’ mencuit hati

KEBELAKANGAN ini, trend pembikinan video loghat sesebuah negeri semakin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Pasti ada antara kita yang pernah melihat video ‘belajar bahasa’ loghat dari Melaka, Pahang, Kedah dan sebagainya seringkali muncul di media sosial.

Setiap loghat pastinya mempunyai keunikan tersendiri dan gaya penyampaian yang kreatif oleh sebilangan individu itu nyata menarik perhatian warga net.

Antara yang mencuri perhatian ramai dalam penghasilan video bahasa loghat itu adalah video seorang kanak-kanak perempuan yang memberi penerangan berhubung loghat Terengganu.

Menerusi video di TikTok @azieyank, keletah si kecil yang berbicara loghat Terengganu dengan bersahaja itu membuatkan rata-rata warga net teruja.

Dalam video itu, kanak-kanak yang mesra dipanggil Inah memberi penjelasan berhubung cara percakapan loghat Terengganu dengan reaksi yang menarik!

@azieyank

Meh belajor loghat tganu ngn Cik Minah #DialectChallenge #Ganu #fypシ゚ #tiktokganukite

♬ original sound – SYazz Ziey – SYazz Ziey

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 1 minit 21 saat itu telah mendapat lebih 600,000 tontonan di TikTok dan rata-rata netizen terhibur melihat gelagat si kecil itu.

“Awww brilliant good job little girl. Baru akak tahu, patutlah kawan-kawan Terengganu kat office ada keluar ayat-ayat macam ini,” tulis netizen.

“Alololoooo. Repeat nak tengok muka orang ganu.. comei,” komen netizen.

“Banyak-banyak loghat yang ini win! Nebeng nu ni. Saya suka saya suka,” seloroh warga net.

Author

Pilihan Editor