HomeTeknologiProton dijangka lancar EV pertama dalam masa terdekat

Proton dijangka lancar EV pertama dalam masa terdekat

CYBERJAYA: Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua pegawai eksekutif Proton, Li Chunrong dalam satu majlis makan malam bersama media sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, lapor Nextrift.

Dalam majlis sama, beliau turut mendedahkan bahawa EV kedua Proton akan dilancarkan antara 6-8 bulan selepas kenderaan pertama dipasarkan.

Lebih menarik sekali ialah beliau mendedahkan EV kedua Proton kemudiannya akan dilancarkan antara 6-8 bulan selepas kenderaan pertama dipasarkan. Ini kali pertama maklumat ini didedahkan kepada media.

Bagaimanapun, tiada garis masa khusus didedahkan Proton setakat ini berhubung tarikh pelancaran.

Pastinya menarik untuk melihat sama ada syarikat Proton atau Perodua akan menjadi pengeluar kereta nasional pertama yang mengeluarkan EV pemasangan tempatan – diharapkan dengan kadar harga yang berpatutan juga.

Author

Pilihan Editor