HomeBeritaDua ditemukan maut dalam kereta berkunci

Dua ditemukan maut dalam kereta berkunci

ROMPIN: Dua individu ditemukan maut dalam sebuah kereta Proton Satria di sebuah stesen minyak Jalan Kuantan, Segamat di Muadazam Shah, pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba mendapat laporan tentang penemuan dua individu seorang lelaki dan seorang wanita dalam sebuah kereta di kawasan parkir stesen minyak tersebut pada jam 4:10 petang semalam.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah telah diarahkan untuk ke lokasi kejadian, lapor BuletinTV3.

Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati kereta terbabit dalam keadaan berkunci dan enjin dimatikan.

Susulan itu, pihak bomba dan penyelamat cuba untuk mengejutkan pasangan tersebut namun tiada sebarang tindak balas diberikan.

Menurut Zulfadli, selepas pintu kereta dibuka mendapati lelaki berada di tempat duduk pemandu dan wanita di tempat duduk penumpang depan sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, pemeriksaan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat kedua-dua mangsa diserah kepada polis dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

Identiti kedua-dua mangsa belum diperolehi.

Author

Pilihan Editor