MASALAH gusi bengkak atau dalam istilah perubatan dipanggil ‘gingivitis’ boleh dihadapi oleh semua peringkat umur tidak kira muda atau tua.
Seperti yang dilaporkan oleh dentabay.com, gusi yang bengkak boleh mengakibatkan kerosakan tisu dan tulang penyokong gigi sekiranya dibiarkan berlarutan. Istilah tersebut dipanggil sebagai ‘periodontitis’.
Faktor utama yang mengakibatkan masalah ini berlaku adalah disebabkan kurang penjagaan kebersihan mulut.
Selain itu, faktor lain adalah seperti masalah diabetis, kerap merokok, amalan pemakanan yang tidak sihat dan penyakit kekurangan vitamin C yang dipanggil sebagai ‘scurvy’.
Namun, tahukah anda terdapat beberapa petua mudah yang mampu atasi masalah tersebut?
Jom ikuti perkongsian dari Facebook Seminit Resepi berhubung lima petua atasi gusi bengkak.
- Garam – caranya adalah kumur air garam 2-3 kali sehari atau sapu garam pada bahagian gusi bengkak.
- Daun sirih – ambil 10 helai daun sirih dan campurkan bersama kunyit dan garam secukupnya. Masukkan bahan campuran bersama 500 ml air dan biarkan mendidih kemudian tapis untuk dibuat kumur.
- Lada hitam – oleskan sedikit daun cengkih dengan sedikit lada hitam, kemudian sapu di bahagian gusi bengkak.
- Baking soda – masukkan baking soda ke dalam air suam dan kumur 2-3 kali sehari.
- Kunyit – rendam kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Setelah suam, kumur air campuran 2-3 kali sehari.
Cuba amalkan petua-petua ini dan lihat keberkesanannya. Semoga anda tidak.lagi menderita kesakitan apabila gusi bengkak.