HomeBeritaJom 'food hunting' di Port Dickson! Lebih 100 gerai viral dibuka

Jom ‘food hunting’ di Port Dickson! Lebih 100 gerai viral dibuka

WARGA Port Dickson! Jangan lepaskan peluang untuk luangkan hujung minggu anda dengan nikmati pelbagai hidangan menarik menerusi Love Food Festival!

Acara yang berlangsung di TF Value Mart PD Waterfront itu beroperasi dari jam 11 pagi hingga 12 tengah malam bermula 15 hingga 18 Februari ini.

Lebih 100 gerai makanan dan minuman yang popular dan ‘viral’ akan dibuka memeriahkan suasana festival berkenaan.

Antaranya adalah seperti Cheesetart Buncit, Sushika, Bakso Beranak by Vicha, Nasi Ganja Peghelih, Kebab Power, Suka Dessert dan banyak lagi!

Foto: FB Sushika
Foto: FB Sushika
Orang awam
Suka Dessert
Cheesetart Buntat

Jom datang beramai-ramai santai bersama keluarga dan rakan-rakan di festival ini!

Author

Pilihan Editor