HomeBerita'Lebih 100 tapak sampah haram di Klang, Serdang dan Gombak'

‘Lebih 100 tapak sampah haram di Klang, Serdang dan Gombak’

CYBERJAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengesan lebih 100 tapak sampah beroperasi secara haram di negeri ini terutama di Klang, Serdang dan Gombak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, perkara itu susulan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah berkenaan.

“Antara lokasi tapak sampah haram adalah di Klang, Serdang dan Gombak. Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani pemasalahan ini.

“Pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya seperti dilapor Berita Harian pada Rabu.

Beliau yang turut membuat tinjauan di tapak sampah haram di Shah Alam, hari ini, juga mengakui isu pembuangan sampah haram sukar ditangani disebabkan pembabitan sindiket tertentu.

Menurutnya, beliau akan mencadangkan bagi pindaan undang-undang kecil Majlis Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan hukuman kepada penjara sehingga dua tahun kepada pembuang sampah ini.

“Kita beri amaran kepada yang terbabit supaya tidak membuang sampah merata-rata dan akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang membenarkan berlakunya aktiviti ini secara tidak langsung,” tegasnya.

Author

Pilihan Editor