HomeBeritaLempar pasir, tendang orang awam di Jambatan P.Pinang, suami isteri direman 4...

Lempar pasir, tendang orang awam di Jambatan P.Pinang, suami isteri direman 4 hari

SEBERANG PERAI: Aksi pasangan suami isteri yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini membawa padah, selepas ditahan reman mulai Rabu.

Penahanan reman terhadap wanita orang kelainan upaya (OKU) dan suaminya itu dibuat selama empat hari berikutan dakwaan melempar pasir dan menendang orang awam.

Lapor Kosmo! Online, perintah tahanan reman ke atas kedua-dua suspek berusia 50-an dan 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd. Nazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, pasangan terbabit yang dibawa dengan menaiki trak polis tiba di pekarangan mahkamah berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi Rabu.

Mereka dilihat selamba ketika dibawa anggota polis pengiring dalam keadaan tangan bergari.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa, polis sudah pun menahan pasangan tersebut yang dipercayai bertindak melempar pasir dan menendang pengguna jalan di kawasan Jalan Patani, George Town di sini.

Penahanan ke atas penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas itu dilakukan, selepas pihak polis terkesan satu klip video menerusi laman sosial Facebook.

Author

Pilihan Editor