HomeBeritaLorong tengah Jambatan Pulau Pinang ditutup dua hari

Lorong tengah Jambatan Pulau Pinang ditutup dua hari

GEORGETOWN: Pengguna di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai dinasihati supaya merancang perjalanan susulan penutupan lorong tengah dan kanan di jambatan itu bermula 2 hingga 3 Mac ini.

Menerusi kenyataan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), penutupan tersebut melibatkan laluan antara Kilometer (KM) 8.0 hingga KM7.0.

“Penutupan bermula jam 10 malam pada 2 Mac hingga 9 pagi, 3 Mac.

“Ia dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Justeru itu,  pengguna lebuh raya dinasihati supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapat maklumat trafik terkini.

Tambahan lagi,  pengguna juga dinasihati supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“Pengguna lebuh raya boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi chatbot PUTRI, aplikasi X@plustrafik, aplikasi PLUS, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

“Mereka juga boleh hubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000 bagi mendapat maklumat trafik atau mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor