HomeHiburan'Maafkan saya' - MK K-Clique

‘Maafkan saya’ – MK K-Clique

PENYANYI dan pelakon, MK K-Clique secara terbuka memohon maaf kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengannya sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah, hari ini.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, menyatakan permohonan maaf itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Bismillah. Assalamualaikum semua. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dengan semua, sekiranya saya ada terkasar bahasa atau perbuatan.

“Maafkan saya dan halalkan apa sahaja yang saya terlupa atau tidak sedar. Dengan izin Allah SWT, Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, MK dilihat sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama ahli keluarganya, sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji tindakannya memohon maaf sebelum berangkat ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan umrah.

Dalam pada itu, warga net turut dilihat mendoakan agar dirinya memperoleh keberkatan ketika di Tanah Suci.

“Tidak hina orang yang memohon maaf. Memohon maaf tanda besar jiwa. Selamat menunaikan umrah,” komen Pencetus Ummah (PU) Rahmat di hantaran MK itu.

“Selamat menjadi tetamu Allah, semoga dipermudahkan segalanya, dikabulkan segala doa dan hajat dan kembali dengan umrah yang makbul,” titip netizen.

Author

Pilihan Editor