SEJAK bergelar isteri, penyanyi, Nabila Razali seringkali mencuri tumpuan netizen.
Manakan tidak, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, tampak lebih romantik bersama pasangannya, Nik Iruwan Nik Izani, 39.
Baru-baru ini, Nabila menerusi video di TikTok menjadi bualan warga net, gara-gara menerima ciuman spontan daripada suaminya.
Difahamkan, Nabila juga tidak menyangka dicium suaminya pada bahagian pipi dalam video tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net meninggalkan pelbagai reaksi terhadap pasangan berkenaan.
“Okey Nabila dan suami ambil saja bumi ini. Memang milik anda berdua sahaja,” seloroh netizen.
“Jom semua wanita yang masih solo, kita berada di lokasi yang salah,” tulis seorang lagi warga net.
Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan kebahagian buat pasangan tersebut.