HomeGaya HidupJom MakanRupanya ini rahsia masak tempe kekal ‘crunchy’!

Rupanya ini rahsia masak tempe kekal ‘crunchy’!

Jika anda penggemar tempe, pasti hampa apabila tempe yang dihidangkan itu lembik atau seakan-akan hampir layu.

Perlu anda ketahui bahawa untuk mendapatkan tempe yang rangup memerlukan teknik yang betul sebelum memasaknya.

Jom ikuti rahsia masak tempe mengikut perkongsian Angeline Metta.

Bahan-bahan:

  • 1/2 papan tempe
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung berperasa
  • Air secukupnya
  • Garam, lada sulah, serbuk stok

Bahan Sos Celup:

  • 1 ulas bawang putih – dikisar
  • Cili api – potong
  • Kicap masin
  • Kicap manis

Cara Masak: 

  1. Potong tempe nipis atau sesuai dengan selera anda, kemudian ketepikan.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, tepung berperasa, garam, lada sulah, dan serbuk stok dalam sebuah mangkuk besar. Gaul hingga tercampur rata.
  3. Tuangkan air secukupnya ke dalam campuran tepung dan aduk hingga membentuk adunan yang kental dan tidak terlalu cair.
  4. Masukkan bawang putih, bawang merah, dan hirisan bawang besar ke dalam adunan tepung. Kacau hingga semua bahan tercampur sebati.
  5. Celupkan potongan tempe ke dalam adunan tepung yang sudah disiapkan sehingga terbalut rata.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe hingga matang dan berwarna keemasan. Pastikan tempe goreng menjadi keperangan.
  7. Untuk membuat sos celup pula, campurkan bawang putih yang telah dikisar dengan cili api, kicap masin, dan kicap manis dalam sebuah mangkuk kecil. Gaul hingga semua bahan tercampur sempurna.
  8. Sajikan tempe goreng bersama dengan sos celup yang sudah disiapkan.
Lemon8 Angeline Metta
Lemon8 Angeline Metta

Tips sebelum mengoreng:

  • Guna tempe yang masih segar dan tidak terlalu tua. Tempe yang segar tekskturnya lebih rangup setelah digoreng.
  • Potong tempe nipis-nipis agar permukaannya lebih luas dan dapat meratakan proses penggorengan. Potongan tempe yang nipis juga akan lebih cepat masak dan lebih rangupnya tahan lama.
  • Semasa menggoreng tempe, pastikan tidak masuk terlalu banyak potongan tempe dalam satu waktu. Ini untuk elakkan tempe menjadi lebih berminyak dan kurang rangup.

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor