HomeBeritaPengemis kantoi! Miliki Proton X70 serta raih RM500 dalam tempoh 4 jam

Pengemis kantoi! Miliki Proton X70 serta raih RM500 dalam tempoh 4 jam

 

MARAN: Aktiviti penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai pengemis akhirnya tumpas dalam operasi membanteras pengemis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran di Pasar Malam, Maran pada Rabu.

Segala kegiatan penipuan lelaki terbabit mulai dicuriga apabila dia enggan menjawab pertanyaan yang diajukan dan memberi kad pengenalan yang diminta oleh pihak penguat kuasa.

Lantaran daripada reaksi tersebut menyebabkan pihak penguat kuasa menggunakan desakan untuk mendapat maklumatnya.

Desakan demi desakan menyebabkan lelaki terbabit akhirnya membuka mulut dan memberitahu bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta.

Lebih memeranjatkan lagi, lelaki terbabit ternyata memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70.

Foto: JKM Maran

Siasatan lanjut dijalankan terhadapatnya, sekali gus membongkarkan aktiviti haram yang dilakukan tersebut telah bermula sejak dari tahun 2001 lagi.

Dia juga mengaku kepada pihak penguat kuasa tentang pendapatannya boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh 4 hingga 5 jam.

Bagaimanapun, lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran diberikan oleh penguat kuasa JKM.

Author

Pilihan Editor