BARU-BARU ini, seorang wanita yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) tampil bercerita kisahnya menjadi buta.
Menerusi perkongsian di TikTok @ilakamilah97, wanita tersebut menceritakan kehidupannya dari kecil yang pada ketika itu, masih berupaya mengecam warna dan kedudukan barang.
Menurutnya, di usia sekitar lima ke enam tahun, dia gemar bermain di luar sehingga membuatkan matanya kerap kali mengalami kegatalan.
“Dalam umur saya lima ke enam tahun saya makin lama makin tak nampak makin gelap sebab dulu saya suka main dekat luar, macam kanak-kanak lain walaupun saya tak nampak.
“Bila kita main dekat luar ni habuk-habuk jadi berterbangan dekat mata so dia akan jadi gatal, itu yang saya tenyeh-tenyeh mata dah jadi tak nampak. Jadi makin lama makin gelap sebab mereka kata selaput dah tutup biji mata,” katanya.
Setakat artikel ini ditulis, video wanita tersebut mendapat lebih 1.5 juta tontonan dan rata-rata warga net yang mengikuti perkongsian itu meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Malah, perkongsian kisah wanita berkenaan juga memberi pengajaran buat sebilangan individu yang gemar menenyeh mata.
“Kitanya kuat tenyeh mata aaaa takut!,” tulis netizen.
“Dahla saya kuat tenyeh mata smpai berair ayaq mata!,” komen warga net.
“Aduhh aku dah la selalu tenyeh mata, mak aku marah sebab teruk sangat tenyeh tu,” kongsi seorang lagi netizen.
“Semua takut nak tenyeh mata lepas ni,” kata pengguna di TikTok.
@ilakamilah97 Kisah awal saya BUTA.