HomeBeritaViral'Ingat kelakar ke?' - Netizen berang pelajar 'loya buruk' dalam kertas peperiksaan

‘Ingat kelakar ke?’ – Netizen berang pelajar ‘loya buruk’ dalam kertas peperiksaan

MENJAWAB peperiksaan di bangku sekolah sememangnya boleh membuatkan seseorang itu menjadi ‘buntu’ lebih-lebih lagi jika tidak membuat persediaan sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Mungkin, ada sebilangan yang dengan selamba berani ‘menggoreng’ jawapan ketika menjawab peperiksaan dek kerana tidak tahu apa yang patut ditulis.

Namun, ‘gorengan’ jawapan itu kebiasaanya masih berpada-pada dan tidak mengguris hati tenaga pengajar.

Berbeza dengan segelintir pelajar masa kini yang dilihat berani tidak bertempat hingga sanggup memberi jawapan ‘loya buruk’ dalam kertas peperiksaan.

Baru-baru ini, tular di media sosial kertas peperiksaan seorang pelajar yang disifatkan ‘loya buruk’.

Dalam kertas itu, kelihatan pelajar terbabit tidak menulis jawapan sebaliknya meninggalkan mesej kepada individu yang akan menanda kertas berkenaan.

Kertas peperiksaan seorang pelajar yang tular di media sosial dengan jawapan yang disifatkan ‘loya buruk’.

Perkongsian yang turut tular di aplikasi X itu turut mendapat perhatian warga net sehingga ramai yang tampil memberi reaksi berhubung sikap pelajar terbabit.

“Tak budak ni ingat dia kelakar ke? nampak sangat kaki TikTok kuat. Kita paling busuk pun goreng je jawapan asalkan logic,” komen netizen.

“Geram pulak tengok ni. Macam mana la perasaan cikgu dia baca apa dia tulis,” ungkap seorang lagi warga net.

“Kepada pelajar-pelajar yang tengah bertungkus lumus belajar bersungguh-sungguh, tahniah. Saingan anda dah tak berapa ramai dah sekarang. Teruskan jadi pandai,” seloroh netizen.

 

Author

Pilihan Editor