HomeHiburanShakilla Khoriri 'buka mulut', sah bergelar seorang isteri

Shakilla Khoriri ‘buka mulut’, sah bergelar seorang isteri

PELAKON tanah air, Shakilla Khoriri akhirnya ‘buka mulut’ mengenai perkahwinan baharunya melalui Instagram.

Menerusi perkongsian di Instastory tersebut, Shakilla menyatakan permohonan maaf terlebih dahulu kepada rakan media.

“Saya minta maaf kepada kalian kerana tidak menjawab atau memberi apa-apa respons berkenaan pernikahan saya hari ini,” katanya.

“Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar yang tanpa meminta izin kami untuk berkongsi terlebih dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung,” ujarnya lagi menerusi hantaran tersebut.

Justeru itu, Shakilla menyatakan yang dia akan memberi kerjasama kepada media untuk berkongsi dan menjawab sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut.

Dia berharap agar diberikan masa dan ruang untuk memberi sebarang kenyataan.

“Saya akan kongsi. Saya akan jawab. Saya akan beri kerjasama tapi beri kami ruang dan masa.

“Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.

“Walaupun dia orang yang paling excited dan happy tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini pada dia.

“Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara. Amanah Allah pada saya. Apa sahaja saya taruhkan. Saya mohon maaf sekali lagi.

“Saya faham tugas dan kerja kalian tapi saya juga mohon kalian hormat dan faham situasi saya. Bagi saya ruang untuk saya rancang kehidupan baru KAMI. Terima Kasih,” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor