KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023.
Ia lebih tinggi berbanding 2022, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah.
Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn pada taklimat prestasi kewangan KWSP sini, hari ini, lapor Berita Harian.
Beliau berkata, jumlah aset di bawah pengurusan KWSP berjumlah RM1.1 trilion untuk tahun lalu, naik 13 peratus berbanding 2022.
Dividen tertinggi yang pernah dibayar oleh KWSP ialah 8.5 peratus pada 1986, manakala dividen terendahnya ialah 5.2 peratus, dibayar pada 2020.
INFO DIVIDEN KWSP
2017 – 6.90% (Konvensional), 6.40% (Syariah)
2018 – 6.15% (Konvensional), 5.90% (Syariah)
2019 – 5.45% (Konvensional), 5.00% (Syariah)
2020 – 5.20% (Konvensional), 4.90% (Syariah)
2021 – 6.10% (Konvensional), 5.65% (Syariah)
2022 – 5.35% (Konvensional), 4.75% (Syariah)
2023 – 5.50% (Konvensional), 5.40% (Syariah)